Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Tak perlu nak aibkan saya.. Bawa anak2 ke sana sini tanpa izin suami..Awak tu” Baru sahaja keluar mahkamah.. Tak sangka ini kata2 Syamsul…

“Tak perlu nak aibkan saya.. Bawa anak2 ke sana sini tanpa izin suami..Awak tu” Baru sahaja keluar mahkamah.. Tak sangka ini kata2 Syamsul…
10/03/2023 - by admin - Leave a Comment

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof menegaskan aktres Puteri Sarah Liyana masih bergelar isterinya.


Menerusi sebuah hantaran baharu di Instagram, Syamsul turut berharap agar Sarah dapat berbincang masalah perkahwinan mereka di rumah tanpa perlu mengaibkan dirinya.

Pada hantaran sama, Syamsul turut membuat pengumuman mengenai pernikahannya dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.



“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.

Tidak berniat untuk membelakangkan keluarga, Syamsul mengharapkan doa terbaik.

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

Posting Komentar untuk "“Tak perlu nak aibkan saya.. Bawa anak2 ke sana sini tanpa izin suami..Awak tu” Baru sahaja keluar mahkamah.. Tak sangka ini kata2 Syamsul…"