Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pelakon Nizen Ayob yang memegang watak Inspektor Nizam dalam siri popular, Gerak Khas, meninggal dunia.

Pelakon Nizen Ayob yang memegang watak Inspektor Nizam dalam siri popular, Gerak Khas, meninggal dunia.



KUALA LUMPUR – Pelakon Nizen Ayob yang memegang watak Inspektor Nizam dalam siri popular, Gerak Khas, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira jam 11.43 pagi tadi.

Dua teman artis, Salina Saibi dan Sheera Iskandar yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama kepolisan terbitan Skop Production itu, berkongsi berita sedih mengenai pemergian Nizen melalui status lnstagram.

“Sahabat kami dalam Gerak Khas sudah pergi meninggalkan kita, sebentar tadi. Menurut kakak iparnya, doktor memaklumkan buah pinggangnya sudah separuh rosak hingga koma.

“Jenazah dimandikan di HSA, Johor Bahru sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman.”



Arwah dikatakan mempunyai pertalian darah dengan bintang veteran, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Datin Umi Kalthum.

Pelakon yang berwajah mirip Iqram Dinzly ini bermula sebagai model di pentas peragaan dan pelakon tambahan di Johor Bahru. Arwah mula meraih perhatian selepas ditawarkan pelakon pembantu pada 2008.


Posting Komentar untuk "Pelakon Nizen Ayob yang memegang watak Inspektor Nizam dalam siri popular, Gerak Khas, meninggal dunia."