Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tiba2 Berhenti Bernapas Ketika Tidur. Khabar Duka buat Dato' M.Nasir.Alfatihah

KUALA LUMPUR: Ibu Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, kira-kira jam 4.15 petang tadi, akibat sakit tua.

Isteri M Nasir, Datin Marlia Musa berkongsi berita sedih itu di Instagram (IG), kira-kira sejam lalu.



baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Meninjau ruang komen, ramai pengikut dan teman industri komposer dan penyanyi itu mengucapkan takziah kepada M Nasir dan Marlia serta mendoakan mereka tabah menghadapi ujian.

Antara selebriti yang menzahirkan ucapan takziah adalah Alif Satar, Elly Mazlein, Nad Zainal dan Haiza Hanafi.

M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.

Pada Januari 2021, M Nasir ditimpa dugaan apabila bapa tersayang, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua.

Bagaimanapun, komposer yang bergelar sifu itu tidak dapat hadir ke pengebumian arwah bapanya di Singapura, akibat sekatan perjalanan berikutan pandemik COVID-19.



Posting Komentar untuk "Tiba2 Berhenti Bernapas Ketika Tidur. Khabar Duka buat Dato' M.Nasir.Alfatihah"