Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi wainnailaihi rojiun, Khabar Duka Dari Ezad Lazim telah Meninggal Dunia Si..(Baca Artikel Penuh)

    EZAD kehilangan bapa yang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman, jam 7.25 malam tadi. Foto IG Ezad Lazim

KUALA LUMPUR: Ayah kepada penyanyi yang popular dengan lagu Jesnita, Ezad Lazim menghembuskan nafas terakhir, jam 7.25 malam tadi.

Kakak kepada penyanyi itu, Rozita Mohd Lazim berkata, bapanya, Mohd Lazim Ismail, meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Arwah ayah menghidap jangkitan kuman di bahagian pinggang, seterusnya merebak ke paru-paru. Arwah dimasukkan ke hospital, seminggu lalu dan kesihatannya bertambah merosot, petang tadi.

“Saya ada memaklumkan Ezad keadaan ayah, namun dia tidak sempat bertemu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir kerana terikat dengan tugasan.

“Ezad turut memaklumkan, dia terkilan tidak dapat bertemu ayah pada saat terakhir. Dia masih dalam perjalanan pulang ke Kedah dan meminta supaya kami menunggunya dan keluarga sampai di kampung sebelum jenazah ayah dikebumikan,” kata Rozita.

Rozita berkata, arwah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar, esok.

Terdahulu, Ezad berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya dan menerima ucapan takziah, termasuk daripada rakan artis.

Posting Komentar untuk "Innalilahi wainnailaihi rojiun, Khabar Duka Dari Ezad Lazim telah Meninggal Dunia Si..(Baca Artikel Penuh)"