“Saya akan jumpa Ira Kazar.. Sebelum dia ajak saya.. Saya akan..” Akhirnya .. Puteri Sarah akan bersemuka.. dedah Apa yg akan berlaku dilakukan..
“Saya akan jumpa Ira Kazar.. Sebelum dia ajak saya.. Saya akan..” Akhirnya .. Puteri Sarah akan bersemuka.. dedah Apa yg akan berlaku dilakukan..
“APAPUN, SAYA JUMPA ISTERI BARU ANDA DI MAHKAMAH” – PUTERI SARAH PERNAH IZIN SYAMSUL KAHWIN IRA TAPI BANYAK KALI DITOLAK
“Kepada Mohd Syamsul, tindakan awak saya boleh katakan sebagai lelaki pengecut kerana dah kahwin baru nak keluar di media sosial. Macam mana awak ambil saya dahulu, patutnya tanya dahulu ibu bapa kita. Tetapi bila ditanya, awak nafikan dan kata tak mahu perempuan itu (Ira).
“Empat tahun perkara ini berlaku. Saya suruh awak kahwin. Banyak kali awak cakap tak nak kahwin dengan perempuan itu. Harap selepas ini awak selesaikan semua dan jangan kata saya buka aib.
“Awak tak tahu macam mana perasaan dalam tempoh berpantang dan tengok video awak bersama perempuan itu? Kalau betul hubungan awak, kenapakah perlu nikah di Thailand?” soal pelakon Puteri Sarah Liyana dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Semua sedia maklum mengenai pernikahan Syamsul Yusof dengan pilihan hatinya, Ira Kazar yang diadakan di Thailand hari ini selepas pelakon dan pengarah itu mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Pengakuan Syamsul itu membuatkan ramai pihak terkejut termasuklah ibu bapanya sendirinya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail. Mereka meluahkan rasa kesal serta tidak merestui pernikahan kedua anaknya itu.
Susulan pendedahan video suaminya itu, Puteri Sarah berkata, sepatutnya Syamsul perlu bersikap lebih ‘gentleman’ dalam menangani isu rumah tangga yang disembunyikan sejak empat tahun lalu.
“Saya berterima kasih kepada Syamsul kerana akhirnya mengaku sudah berkahwin. Dalam masa sama, saya berterima kasih kerana mengkhianati saya dengan memutarbelit fakta sebenar apa yang berlaku. Tapi tak mengapa saya ada semua bukti membabitkan hubungan mereka. Jadi kita tunggu di mahkamah,
“Sebelum dia ajak saya balik rumah untuk berbincang saya nak tanya dia balik kenapa selama ini diam? Kenapa baru sekarang nak mempersoalkan? Dan siapa yang keluar rumah dulu?
“Kami serumah pun tak bercakap. Dia duduk terperap dalam bilik sedangkan isu dalaman rumah tangga sudah lama sejak saya tahu hubungan dengan wanita itu. Kenapa ketika itu dia tidak cuba berterus terang dan menyelesaikan masalah ini?
“Kenapa dibiarkan berlarutan sampaikan dah kahwin pun saya tahu dari media sosial. Kenapa tak hubungi atau cari saya di rumah keluarganya saja. Jangan cakap saya tak cari sedangkan dia ‘block’ nombor telefon saya sejak setahun lalu.
“Tolonglah saya merayu jangan bermuka-muka atau bersikap naif dalam isu ini. Kita sudah matang dan kamu sebagai ketua keluarga sepatutnya lebih bijak dalam menangani masalah yang kamu cari. “Saya tidak lari ke mana-mana. Saya ada di rumah mentua dan sesekali di rumah mak ayah saya. Anak-anak juga di situ. Kenapa tak datang? Pernah ke datang? Malah ketika kami nak menunaikan umrah tahun lalu, adakah patut dia minta keluarga mentua membawa anak-anak pergi berjumpa dengannya.
“Sepatutnya dialah yang datang ke rumah keluarga untuk berjumpa anak-anak. Selama ini bukan saya tak nak berbincang, malah keluarga juga sedaya upaya menasihatinya. Tapi dia sendiri yang mengambil pendekatan untuk melarikan diri dari masalah ini.
“Bila dah kahwin, baru nak cakap semua ini. Lelaki yang selalu guna kuasa veto dengan perkataan ‘masih suami’ tapi gagal dalam nafkah batin sehingga mengganggu kesihatan mental isteri inilah yang buat Islam nampak buruk di mata masyarakat bukan Islam,” katanya.
Menurut Puteri Sarah lagi, disebabkan keputusan Syamsul berkahwin dengan Ira di Thailand, isteri barunya itu melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.
“Kalau mengaku dari awal tidaklah saya perlu saya turun naik mahkamah dan pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan terhadap gangguan yang dibuat oleh wanita itu.
“Sekarang ini isteri baru anda sudah menghina mahkamah dengan melanggar perintah injuksi. Apapun, saya jumpa isteri baru anda di mahkamah,” ujarnya.
Posting Komentar untuk "“Saya akan jumpa Ira Kazar.. Sebelum dia ajak saya.. Saya akan..” Akhirnya .. Puteri Sarah akan bersemuka.. dedah Apa yg akan berlaku dilakukan.."