Khabar duka, pembantu kerani meninggal dunia kepala hancur digiIis treIer. Salam takziah buat keluarga
KUALA LANGAT – Seorang pembantu kerani kerajaan maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur digilis sebuah treler di Kilometer 26.5 Jalan Klang- Banting- Port Dickson, malam tadi.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal tersebut maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal dari arah Banting ke Klang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai motosikal itu bergesel dengan tayar tepi bahagian kanan treler tersebut sebelum bergesel sekali lagi di tayar tengah jentera berat itu.
“Mangsa kemudiannya hilang kawalan sebelum terjatuh dan digilis treler tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Ahmad Ridhwan meminta saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman ditalian 017-3012621 atau 03-31872222
Sumber Kosmo
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Posting Komentar untuk "Khabar duka, pembantu kerani meninggal dunia kepala hancur digiIis treIer. Salam takziah buat keluarga"