Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tragis Terbongkar Semua Tentang mu Ayah Yusof Haslam kecewa "_"Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar. “Puteri Sarah Liyana menantu kesayangan saya” – Yusof Haslam

Yusof Haslam kecewa Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar. “Puteri Sarah Liyana menantu kesayangan saya” – Yusof Haslam

Kuala Lumpur: “Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri,” kata penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ketika ditanya sama ada dia merestui perkahwinan kedua anaknya yang juga pengarah, Syamsul dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Yusof ketika dihubungi berkata, dia hanya mengetahui berita itu selepas menonton hantaran video dimuat naik anaknya itu.



Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.

“Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih.

“Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Yusof, dia berharap anaknya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua anak.

“Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik.

“Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil. Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah,” katanya.

Dalam masa sama, Yusof kesal dengan tindakan Syamsul yang menyembunyikan hubungan sulitnya terlalu lama serta tidak berterus terang daripada awal dengan Puteri Sarah.

“Saya kesal kenapa dia perlu simpan rahsia ini terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang daripada awal kepada isterinya?


Saya kesal kenapa dia perlu simpan rahsia ini terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang daripada awal kepada isterinya?

“Bukankah dia sudah meny3ksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Kalau dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Posting Komentar untuk "Tragis Terbongkar Semua Tentang mu Ayah Yusof Haslam kecewa "_"Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar. “Puteri Sarah Liyana menantu kesayangan saya” – Yusof Haslam"