Kabar Duka Pagi Ini Jam 7.30 pagi tadi, Sakit Parah Prihatin Tengok ya Salam Takut🙏🙏 kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 tahun telah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang disebabkan sakit komplikasi jantung dan sakit buah pinggang.
“Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu.
Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah.Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir,”
Sekarang ini, keluarga Siti sedang berbincang anak beranak untuk ambil keputusan untuk urusan pengkebumian. Sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan, tiga hari lepas semua anak ada di sisi kecuali dua orang anak beliau.
Pesanan kepada isteri dan anak serta famili terdekat diucapkan satu persatu termasuklah kepada Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang menangis teresak-esak.
“Abah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya.
Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.
Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis,”
– Rozi
Tambah Rozi, sebelum memasuki bilik pembedahan, arwah yang juga bekas polis sempat menitipkan kata-kata terakhir buat anak dan isterinya.
“Tiga hari lepas sebelum masuk bilik pembedahan Siti sudah menangis, namun arwah memujuk Siti supaya jangan menangis sebab katanya ‘abah bukan nak mati lagi’.
Selepas itu arwah pegang pula tangan isterinya dan kata ‘lepas ini mak dah tak ada kawan,”
– RoziMalah jelasnya arwah Tarudin sempat bergurau dengan suaminya, Saiful Bahari atau lebih dikenali sebagai Ayie.
Rozi berkata bagaimanapun semasa arwah dibawa masuk ke bilik pembedahan, semua ahli keluarga sudah redha dengan apa yang akan berlaku.
Arwah cakap pada suami saya, ‘abang Ayie, nanti abang dah tak ada kawan untuk pergi memancing’ sebab mereka selalu pergi memancing berdua,” katanya.
Doktor juga dah minta kami supaya bersedia jika apa-apa berlaku. Jadi sewaktu arwah meninggal, isteri dan semua anak-anak ada bersama dengannya,”
– Rozi
Posting Komentar untuk "Kabar Duka Pagi Ini Jam 7.30 pagi tadi, Sakit Parah Prihatin Tengok ya Salam Takut🙏🙏 kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 tahun telah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang disebabkan sakit komplikasi jantung dan sakit buah pinggang."