Sidang Parlimen Bertukar Tragedi, Ahli Parlimen Bertumbuk Sesama Sendiri Sampai Masuk lCU
Seorang ahli parlimen pembangkang terpaksa dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas berlaku pergaduhan dan adegan tumbuk menumbuk sewaktu sidang bajet 2023 Turkiye berlangsung, lapor Balkan Insight.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Huseyin juga dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan keningnya juga telah terbelah berikutan dipukul oleh seorang ahli parlimen yang memakai cincin ketika serangan tersebut.
Seorang lagi Ahli Parlimen Good Party, Aylin Cesur yang juga merupakan seorang doktor perubatan berkata bahawa Huseyin berada dalam keadaan kritikal.
“Rawatannya diteruskan di unit rawatan rapi kerana keadaannya yang mengancam nyawa. Saya harap peristiwa seperti itu tidak akan berulang,” kata Aylin Cesur kepada saluran berita dalam talian Turkiye T24.
Perbalahan dan serangan lisan bukan perkara luar biasa di parlimen Turkiye tetapi kekecohan pada hari Selasa lalu adalah sangat luar biasa.
“Saya mengutuk serangan ke atas Ahli Parlimen Trabzon kami, Huseyin Ors. Serangan yang dibuat ke atas wakil negara akan memburukkan nama negara sahaja,” tulis Bugra Kavuncu, ketua cawangan Good Party di Twitter miliknya.
Disebabkan kekecohan di parlimen, semua sesi digantung oleh timbalan speaker dewan, Haydar Akar, ahli pembangkang utama Parti Rakyat Republikan, CHP yang mempengerusikan perbahasan pada Selasa lalu.
Posting Komentar untuk "Sidang Parlimen Bertukar Tragedi, Ahli Parlimen Bertumbuk Sesama Sendiri Sampai Masuk lCU"