Lima pelajar universiti rentung nahas dekat Terowong Menora
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan sebuah kereta yang belum dikenal pasti modelnya bersama dua lori treler masing-masing bermuatan besi dan mozek.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diatur gerakkan ke lokasi dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.
Menurutnya, nahas membabitkan keseluruhan seramai lapan mangsa dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian dalam keadaan rentung dengan kadar peratusan terbakar sebanyak 90 peratus.
Menurutnya, insiden menyebabkan kereta dinaiki lima mangsa rentung itu terbakar selain menyebabkan treler bermuatan besi turut terbakar 90 peratus.
“Terdapat lima mangsa di dalam kereta disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital. Kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.
“Pemandu dua treler serta kelindan yang terbabit dalam nahas ini selamat, dengan treler bermuatan mozek hanya mengalami kemalangan kecil akibat pelanggaran dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anda mungkin menyukai postingan ini :
- Lelaki Cabar Orang Melayu Islam Berdepan Secara One-By-One. Lelaki Yang Mengenakan Seluar Jeans Lusuh Pendek Dan Berbaju Merah Itu Juga Telah Mencabar Orang Islam Supaya Mencari Dan Berhadapan Dengannya Jika Berani.DOAKEBAIKAN
- “Jgn Sesekali Kau Cabar Kami, Gantilah Bajumu Dgn Kain K4fan”- Tular Lagi Kes Baru Hin4 Islam
- Lelaki Cabar Orang Melayu Islam Berdepan Secara One-By-One. Lelaki Yang Mengenakan Seluar Jeans Lusuh Pendek Dan Berbaju Merah Itu Juga Telah Mencabar Orang Islam Supaya Mencari Dan Berhadapan Dengannya Jika Berani.
- “Terima kasih yang mencacl.. Meraka tldak tahu apa yang terjadi” Ibu Harith zikri
Posting Komentar untuk "Lima pelajar universiti rentung nahas dekat Terowong Menora"