Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innailaihi, Yatt Hamzah Sebak Meraung Dan Risau Tiga Anaknya Jatuh Sakit Serentak.

Setiap ibu pasti akan rasa risau apabila anak jatuh sakit, itulah yang dilalui oleh pelakon Yatt Hamzah apabila tiga anaknya jatuh sakit secara serentak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Yatt memaklumkan anak keempat dan kelima mengalami demam, batuk serta selesema manakala anak ketiganya kini ditahan di wad akibat jangkitan kuman

pada paru-paru.



“Bertabahlah wahai Bonda bila anak-anak sakit berjemaah ni. Lekas sembuh ya anak-anak Bonda,” tulisnya.


Sementara itu, dalam perkongsian lain Yatt berkata dia tidak sampai hati melihat anaknya itu kerap muntah hingga berbelas kali.

“Bonda ni paling lemah bila anak-anak sakit. Tak tahan sebak tengok dia orang, tapi depan dia orang tak boleh menangis kena kuat. Masa berseorangan terus meraung memohon Allah kasihankan mereka,” katanya.


Dikesempatan itu, Yatt turut mendoakan kepada ibu diluar sana yang diuji ada anak-anak sakit agar urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.

Yatt mendirikan rumah tangga bersama Zulfadhli Khiruddin Februari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 6, Suci Hayfa Medina, 4, Suci Hawa Zulaikha, 2, dan seoarang anak tunggal lelaki yang kini berusia enam bulan.

Menerusi perkahwinan Yatt terdahulu bersama Abdul Mutalib Shukor, pelakon ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika kini berusia 9 tahun.



Posting Komentar untuk "Innailaihi, Yatt Hamzah Sebak Meraung Dan Risau Tiga Anaknya Jatuh Sakit Serentak."