Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Habis rokok😱😱 ,Tukar dengan menjual harga diriku Aku bukan barang dagangan Kau campakan Tanpa rasa iba hentak kan dinding hampir tiap Hari Pulangkan saja pada Ibuku aku Bukan Hewan,😭😭😭Isteri Seronok Kena Talak 3, Rupanya Dia Tak Tahan Tiap² Malam Suami Lakukan Perkara ini Padanya🤧

Kau campakkan aku hanya dengan sebatang rokok rosak sudah jalan pikir mu orang tua ku tak terima kau lakukan begini .


Dilepaskan Suami Talak 3 Selepas 7 Tahun Berkahwin, Namun Ia Hari Paling Bahagia Buat Wanita Ini.

Tiada wanita yang inginkan perpisahan berlaku dalam rumahtangga yang dibina.

Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini.

Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah, yang baru sahaja bergelar janda.

Ia selepas dilepaskan suami dengan talak 3 akibat campur tangan keluarga mertua dan keselingkuhan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Terima kasih siarkan cerita ni..

Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya.

7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik.

Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah.

Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah.

Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga.

Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital.

Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Yup, saya bongok.

-Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki.

Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuhh sakitt.

Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut.

Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa.

Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan.

Bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya.

Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik.

Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya.

Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya.

(Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?”

Saya tetap berkeras. Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara.

Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya.

Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya.

Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya.

Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan.

Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang.

Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar.

Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh.

Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”


Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak”

Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?”

Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar.

Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai.

Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama.

Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan.

Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah.

Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju.

Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja.

Melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar.

Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus.

Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah.

Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah.

Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata

“kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin.

Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay.

Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tangkap jais.

Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya.

Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar.

Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.”

Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018.

Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar.

Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar.

Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah.

Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi?

Saya jawab, ke rumah sewa baru. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga”

Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya

Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.”

Sebenarnya sepanjang dia mabuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat.

Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia.

Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too. Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya. doakan saya ya.

-Anisah..

Buat wanita ini, sesungguhnya anda memang seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah!

Bukan mudah untuk bangkit, membina benteng kekuatan diri untuk persiapan masa depan. Namun anda berjaya membuktikannya dan tidak mengharap simpati daripada bekas suami.

Buat wanita lain, yang mungkin senasib dan sama perjalanan seperti wanita ini, Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.

Berani lah untuk ‘melangkah’ lebih jauh. Sentiasalah bersedia, persiapkan diri dengan ilmu, kewangan, kerjaya dan paling penting mampu berdikari walaupun tanpa insan yang bernama suami.

Suami Talakkan Isteri Saat Isteri Sedang Hamil 7 Bulan. Tiba Tiba Rujuk Lepas 2 Hari Ank Dilahirkan.

Macam Macam Yang Terjadi. Rupa Rupanya Rujuk Tu Tak Sah.

Tular di laman Twitter, kisah seorang wanita yang ditalakkan suami ketika hamil 7 bulan.

Kesilapannya kerana tidak rujuk semasa dalam tempoh kehamilan, sebaliknya rujuk pada hari ke dua selepas anak dilahirkan.

Nama dan watak kisah dibawah telah ditukarkan dan bukanlah nama sebenar sepertimana posting yang tular awalnya.

Ikuti kisahnya dibawah.

Sewaktu hari pertama mahkamah putuskan aku bukan lagi seorang isteri. Waktu tu aku senyum dalam duka betapa bongok nya aku.

Tak selidik sombong nak belajar agama. Tolak tepi lah tentang move on ke tak. Itu cerita no 2.

Waktu tu mahkamah putuskan yang kami bukan lagi suami isteri sejak hari pertama Danial dilahirkan.

Dan iddah aku dah habis sejak hari pertama Danial lahir. Waktu tu aku rasa macam nak jatuh terduduk. Betul sangkaan aku. Banyak dah Allah tu bagi petunjuk Cuma aku yang tak nampak.

Bekas suami aku lafaz time aku pregnant. Sebab kami nikah awal setahun. Waktu tu silap kami sebab tak refer mahkamah dan tanya orang sekeliling yang sebenarnya sama je tak tahu apa apa.

Kesilapan kami ialah tak rujuk time aku masih hamilkan Danial. Tapi kitorang lafaz rujuk hari kedua usia Danial.

Dan lepas pada tu. Banyak benda yang berlaku dalam hidup kitorang. Yang sebenarnya Allah tu nak tunjuk yang kami ni bukan lagi suami isteri.

Aku jadi benci dia. Tak suka dia pegang aku. Aku, lawan cakap dia. Marah dia. Amek tak peduli makan minum dia.

Dan sangat tak suka bila dia nak rapat rapat dengan aku. Aku siap pernah lari rumah lagi. Dan dia cop aku isteri derhaka.

Tapi time tu aku memang rasa kosong. Dan dah tak rasa lagi macam suami isteri. Hidup makin susah. Tunggang langgang. Solat langsung tak pernah.

Hari hari mesti bergaduh sampai kan polis pun datang ke rumah. Rupanya sebab kami ni bukan lagi suami isteri. Perasaan jadi panas.

Dan paling sedih. Bila aku terpaksa buang anak kedua aku atas nasihat doctor. Ya Allah betapa bagusnya dan indahnya perancangan Allah.

Kalau anak tu lahir. Bukan ke anak tu anak luar nikah, subhanallah. Cetek betul ilmu agama aku.

Kawin muda ni sebenarnya boleh bahagia kalau kita kejar akhirat. Kalau tak jadi macam aku la.

Tak rujuk pakar tapi pandai pandai tanya orang yang tak arif. Dan lagi sedih bila aku nak daftar perpisahan kat mahkamah. Aku harap la korang semua ni, lagi lagi lelaki jangan la mudah lafazkan talak.

Dan kalau suami dah lafazkan talak tu. Cepat2 lah pergi rujuk mahkamah.

Bukan apa. Takut sebenarnya kita punya ilmu agama ni tak cukup lagi untuk buat andaian sendiri. Aku sangat sedih pada mulanya. Down. Kecewa. Jatuh.

Tapi satu lah. Diri sendiri lah pengubat segala kesakitan yang aku alami.

Aku tak menyesal kahwin muda dan aku tak menyesal Allah bagi aku yang hadapi cerita ni. Tapi aku bahagia. Sangat bahagia dapat lalui kesakitan yang mematangkan aku.

Ramai yang tanya kenapa aku tak kecewa? Tak broken? Mudah lupa kenangan? Cepat move on?

Ramai yang tanya ramai yang DM. Jawapan dia mudah. Senang. Semua tu kerja Allah. Allah dah rancang cerita indah dah untuk kita.

Tipu lah tak nangis nangis. Lagi lagi bila tahu duduk serumah tapi dah takde ikatan. Tak ke waktu tahu tu rasa macam kecewa? Hancur hati? Meroyan? Sakit weh.

Tapi Aku redha. Dan aku kuat sebab anak aku. Sebab aku tahu aku taknak jadi hamba cinta lagi.

Aku harap Allah murahkan rezeki kami berdua dan bagi kebahagiaan untuk aku dan Danial Arif Bin Mohd Jefri. Inshaallah

Reaksi warganet

Epula Mela –Sinopsis ~ Dorang nikah. Selepas setahun, dorang bersanding dan perempuan tuh sedang mengandung 7 bulan.

Dan bekas suami dia lafazkan talak selepas sehari bersanding. Sepatutnya nak rujuk perempuan yang dilepaskan atau dilafazkan semasa mengandung ialah sebelum melahirkan bayi.

Tapi bekas suami dia rujuk selepas Anak dia lahir (Danial) so lafaz rujuk tuh tak sah lah. Kene akad nikah semula.

Then perempuan ni pregnant anak ke2 tapi Dr suruh buang. And yaa kalau anak tuh lahir akan jadi anak luar nikah sebab dorang dah pon sebenarnya berpisah. Tapi dia tak tau.

Sani –Sebabtu kahwin bila dah cukup ilmu, bukan main redah je kahwin. Pasal main redah kahwin tak cukup ilmu lah jadi camni dua dua cetek ilmu gatal nak kahwin.

Akim Je –beruntunglah lelaki sebab lafaz perpisaan tu Allah beri pada lelaki, bukannya perempuan. Kalau perempuan Allah beri, sampai bila bila kau asyik jadi single.

Lafaz perpisahan tu lah kuasa paling besar yang ornag perempuan paling takut sekali dalam sesuatu hubungan. Jadilah lelaki bijak dan berilmu.

Kalau boleh elakkanlah dari berlaku perpisahan sebab Allah sangat murka pada manusia yang suka berpisah dalam sesuatu hubungan terutama suami isteri.

Kita sebagai manusia tak boleh bayangkan bagaimana keadaan Allah murka. Kalau raja murka pada seseorang pon kita dah terciduk apatah lagi Dari Maharaja Segala Alam.

Borhan Di –Nikah bila betul-betul bersedia dan faham akan tanggungjawab, baik lelaki mahupun perempuan.

Jangan nikah kerana ikutkan nfsu ataupun trend semata kerana kejarkan ‘couple goals’ dan inginkan wedding yang gah. Biar lambat bernikah atau nikah sesimple mungkin, janji tak menyesal.

Raz Nordin –Kalau laki tu sebut “ko bukan milik aq lagi” pon dah kira talak sebab maksud dye seumpama

“kita dah tak de pape” pon same macam satu kes sape tah lupa berpisah guna ws pon kira talak walaupon tak lafaz.

Nampak tak laki perlu hati hati dengan perkataan, jangan ko sengaja cakap macamtu sebab semata nak bergurau.

Tinjauan di ruangan komen, seorang lelaki tampil menjelaskan perkara sebenar.

Danial Hazril –Salam, saya kawan baik kepada perempuan ni. Kisah ni dah lama dah pada tahun 2018, ni kata – kata dari dia

Terima kasih sebab post ni kalau untuk pengajaran dan terima kasih yang concern untuk dia, alhamdulilah dia dengan anak dia doing just fine dan yang kritik buat bertabah ye.

Sumber : Twitter


Posting Komentar untuk "Habis rokok😱😱 ,Tukar dengan menjual harga diriku Aku bukan barang dagangan Kau campakan Tanpa rasa iba hentak kan dinding hampir tiap Hari Pulangkan saja pada Ibuku aku Bukan Hewan,😭😭😭Isteri Seronok Kena Talak 3, Rupanya Dia Tak Tahan Tiap² Malam Suami Lakukan Perkara ini Padanya🤧"