Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.
Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.
“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.
“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya.
Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.
“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.
“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.
Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.
Shuib tengah Live, Tiba2 Buah hati Masuk, Tengok Apa yang terjadi | Shuib buka cerita sebenar…
Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.
“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.
“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya.
Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.
“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.
“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.
Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.
VIDA TIDAK TERFIKIR GANTIKAN TEMPAT ARWAH SITI SARAH – SHUIB TAK KISAH TUMPANG KASIH ANAK-ANAKNYA
“Kasih sayang untuk anak-anak tidak kita tidak boleh nilai dengan angka. Apa lagi bagi mereka yang sudah tiada ibu. Saya sayangkan mereka semua. Malah saya anggap macam anak sendiri dan boleh menyayangi mereka begitu. Mereka rapat dengan saya dan kami telah lama kenal.
“Saya sendiri dapat rasakan sentuhan ikhlas mereka sayangkan saya apabila bertemu. Matin berlari mendapatkan saya ketika sesi perjumpaan tersebut,” ujar usahawan Datuk Seri Vida.
Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh Vida meluangkan masa makan malam bersama pelawak Shuib dan tiga orang anaknya menjadi bualan dan kecaman netizen. Di sebalik kegembiraan mereka bersama, ada dalam kalangan netizen kurang senang dengan kenyataan Vida yang mengatakan dia menumpang kasih dengan anak-anak Shuib sedangkan dia sendiri mempunyai cahaya mata.
Menjawab tuduhan netizen, kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, dia sudah lama mengenali tiga orang anak Shuib iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Hubungan mereka juga sangat rapat sebelum ini dan perjumpaan tersebut bagaikan sesi melepas rindu kerana sudah lama tidak bertemu.
Menerusi ruangan komen pada video yang dimuat naik oleh Vida itu, ada juga netizen mahu menjodohkan dirinya dengan Shuib. Bagaimanapun, Vida akui dia tidak pernah terfikir untuk menggantikan tempat Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu, malah mendoakan Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita yang jauh lebih baik.
“Hubungan saya dan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arwah Sarah dan tidak terfikir untuk gantikan tempatnya. Saya hanya curahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan berdoa semoga Shuib jumpa wanita yang lebih baik kerana saya tidak sesuai untuk dia,” jelasnya.
Sementara itu, Shuib tidak kisah jika Vida ingin menumpang kasih dengan anak-anaknya. Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
“Berkenaan dengan kenyataan Datuk Seri Vida tempoh hari, saya sebenarnya tidak kisah. Bagi saya, selagi ia tidak menyentuh hal-hal yang boleh menyakitkan hati atau sensitiviti mana-mana pihak, saya okey sahaja.
“Saya anggap ungkapan ingin menumpang kasih anak-anak Shuib itu sebagai ungkapan general sahaja. Saya tiada masalah dengan ungkapan berkenaan. Mungkin netizen berasa tidak selesa, tetapi saya okey sahaja. Sebab saya kenal dia,” katanya.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia juga tidak menghalang jika ada pihak yang ingin berkongsi kasih sayang dengan anak-anaknya.
“Jujurnya, saya tak halang jika ada orang ingin berikan kasih sayang pada anak-anak… nak luangkan masa dengan mereka pun saya tak kisah, lebih-lebih lagi dengan orang yang saya kenal,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi bahawa hubungan Vida dengan arwah isterinya suatu ketika dahulu agak rapat. Katanya, selepas pemergian isteri tercinta, arwah Siti Sarah, hal-hal berkaitan bisnes yang masih belum selesai diuruskan oleh mak mentuanya iaitu Mak De.
Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Vida tempoh hari berlaku di sebuah restoran ketika makan malam. Pada waktu siang, Datuk Seri Vida sudah bertemu dengan anak-anak saya, tetapi pada sebelah malam, dia hadir sekali untuk sesi makan malam tersebut.
“Memang buat masa ini urusan berkaitan bisnes yang dahulunya di kelolakan oleh arwah isteri saya diuruskan oleh Mak De. Jadi pertemuan itu kebetulan sahaja,” tuturnya.
“TERIMA KASIH BAGI SAYA TUMPANG KASIH…” – VIDA RAPAT DENGAN ANAK-ANAK SHUIB, NETIZEN HARAP BERJODOHAN
Menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida baru-baru ini ada berkongsikan video memaparkan pelawak Shuib Sepahtu dan anak-anak melawatnya di Ipoh, Perak.
Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat hubungan rapat Vida dan anak-anak Shuib serta melayan seperti darah dagingnya sendiri. Vida turut menulis kapsyen mengatakan mengenai hubungannya dengan Shuib serta anak-anak sememangnya sangat akrab.
Malah, Vida turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana mengizinkannya untuk menumpang kasih dengan anak-anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin.
“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin. Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. @shuibsepahtu,” tulisnya.
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap Vida dan Shuib bertemu jodoh serta mengatakan mereka nampak sesuai.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sebak melihat hubungan baik yang terjalin antara anak-anak Shuib dan Vida kerana seolah merindui ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah. Kata netizen lagi, Vida juga pernah kehilangan dua anaknya dan mereka sama-sama pernah merasa kehilangan.
Video –
Sumber Facebook myartis.
Berbagi :
Posting Komentar
untuk "Shuib tengah Live, Tiba2 Buah hati Masuk, Tengok Apa yang terjadi | Shuib buka cerita sebenar…"
Posting Komentar untuk "Shuib tengah Live, Tiba2 Buah hati Masuk, Tengok Apa yang terjadi | Shuib buka cerita sebenar…"