Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Keluarga Grebek, pelaku panik, melompat dari tingkap anggota bomba terus ke tempat tragis .Kantoi Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Duda Maut Jatuh Tingkat 4😱

Seorang duda ditemui maut terjatuh dari tingkap empat kerana mahu melarikan diri selepas kantoi berkhalwat dengan isteri orang.

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku dalam jam 11.47 pagi itu telah mengakibatkan si duda cedera parah di bahagian kepala dan mati di tempat kejadian.

Kalau korang nak tahu, wanita yang berkhalwat bersama duda itu merupakan ibu kepada tiga orang anak. Astaghfirullahalazim..

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan menyatakan, saksi yang merupakan kekasih si mati mendakwa, lelaki itu bermalam di rumahnya sejak pukul 12 tengah malam selepas suaminya keluar.

Semasa mereka berada di ruang tamu pada jam 10.30 pagi, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah dan nampak kehadiran si mati.

Suami saksi telah mengunci pintu gerigi hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia telah menghubungi pihak polis.

Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang di bahagian koridor untuk berpaut turun.

Saksi yang melihat si mati dari jauh terus pergi ke koridor selepas mendengar bunyi dentuman di luar dan mendapati, lelaki tersebut telah tertiarap dia atas tanah dan tak bergerak.

Pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai terjatuh dalam keadaan tersembam, lengan kiri mangsa juga patah.

Saksi mengakui telah berkenalan dengan lelaki itu sejak tahun 2005, tetapi mereka berdua berpisah dan membuat haluan sendiri dengan mendirikan rumah tangga.



Pada tahun 2017, si mati telah bercerai dengan isterinya dan mencari semula saksi untuk menjalinkan hubungan walaupun pada waktu itu dia tahu saksi sudah berkahwin dan memiliki anak.



Mereka menjalinkan hubungan secara rahsia, tanpa pengetahuan suami saksi.



Astaghfirullahalazim, semoga Allah lindungi keluarga kita semua daripada melakukan perkara terkutuk sebegini.









Posting Komentar untuk "Keluarga Grebek, pelaku panik, melompat dari tingkap anggota bomba terus ke tempat tragis .Kantoi Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Duda Maut Jatuh Tingkat 4😱"