Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

‘Miskin Simpati’, Izwan Kesal Ada Netizan ‘Tak Habis Belajar Sejarah’, Sekali Dr Rozaimi Buat Satu Teguran

Berlaku sedikit kekecohan di media sosial pada hari ini apabila segelintir rakyat Malaysia didapati telah memberikan komen ‘panas’ berhubung kemangkatan Ratu Elizabeth II awal pagi tadi.

Perkara ini dikecam oleh personaliti TV dan radio, Izwan Azir Saleh di akaun Instagramnya yang menyifatkan golongan netizen tersebut sebagai ‘miskin simpati’ dan ‘tak habis belajar Sejarah’.

Biar betul? Ikuti teguran yang dibuatnya berikut untuk direnungkan bersama:

“Dah mangkat tu, mangkat sajalah, bukan Raja kita pun, apa nak kecoh-kecoh?”

‘Sibuk kesian dia mangkat, harga barang kita turun ke?’

Itu antara secebis komen segelintir rakyat Malaysia apabila mendengar khabar kemangkatan Ratu Elizabeth ke-II awal pagi tadi. Komen-komen begitu bukan sahaja menunjukkan kita miskin rasa simpati, tapi tak habis belajar Sejarah.

Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?

Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.

Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan, tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya.

Oh ye, Baginda adalah kata ganti nama kepada golongan Raja/Ratu, bukan beliau. Itupun orang kita nak buat isu.

Your Majesty, on behalf of your Commonwealth citizen in Malaysia, thank you and good bye maam.

#queenelizabeth
#ratuelizabeth

Namun terdapat teguran dari agamawan dan netizan berkenaan dengan tulisan Izwan

“Maaf Izwan, saya berbeza pendapat dengan anda. Queen tidak mengurniakan kemerdekaan kepada kita. Sebaliknya beliau hanya memulangkan semula kebebasan yang dirampas daripada kita. Ada beza antara keduanya.” tegur Dr Rozaimi Ramle di laman Facebook

Lagi pendapat dari netizan yang mengatakan pendapat Izwan itu merupakan satu pendapat yang tidak patriotik

“Hal kemerdekaan bangsa negara ni bukan lah semudah kita mintak kemudian atas British nak bagi ke tidak.

” Bukan macam tu.

Pertamanya kita tak pernah minta, literally macam minta bantuan kutip derma yang kau faham tu.

Kemerdekaan kita dituntut melalui rundingan. Keyword dia, dituntut, melalui rundingan.

Perkataan tuntutan ni selalu kita pakai untuk dapatkan semula hak yang sepatutnya kita punya tapi telah diambil oleh pihak lain.

Tuntutan ni pula boleh berlaku dalam dua cara, tuntut cara rundingan dan tuntut cara kekerasan. Kita pilih cara pertama.

Sebab tu dalam memahami sejarah perlu juga diacu dengan kemahiran penggunaan bahasa yang tepat, perkataan, tulisan dan tutur kata.

Minta Kemerdekaan
Tuntut Kemerdekaan

nampak sama, tapi jauh berbeza.

Minta – beggar
Tuntut – fighter

Nak peluk gambar, nak buat muka bermuram durja – itu ikut suka kau lah.

Isunya konteks tulisan kau tu bagi mesej yang salah, nampak macam rakyat dan pimpinan negara yang dahulu ni lembik dan kemerdekaan yang dicapai macam sebab kesian meminta minta.

Dengan kata yang lebih mudah,

Tulisan Izwan Azir Salleh tu tak patriotik, insult intelligent dan bod0h.

Posting Komentar untuk "‘Miskin Simpati’, Izwan Kesal Ada Netizan ‘Tak Habis Belajar Sejarah’, Sekali Dr Rozaimi Buat Satu Teguran"