Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Macam ni ke golongan tak berharta dilayan pihak bank..” Anak terkilan, lbunya yg Iumpuh dipaksa datang ke bank untuk renew kad bank

“Takde hati perut!”, demikian kata-kata netizen yang ditujukan terhadap sebuah bank yang terletak di Gurun, Kedah.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tular di media sosial, video seorang wanita menceritakan pengalaman perit mereka berdepan dengan keengganan pihak bank mempermudahkan urusan mereka dalam urusan memperbaharui kad bank milik ibunya yang telah luput tarikh.

       

Memandangkan tiada pilihan lain, pengadu terpaksa menggunakan perkhidmatan ambulans swasta untuk membawa ibunya ke bank tersebut.

“Kad bank mak dah dekat dengan tarikh luput. Saya menghubungi pihak bank dan bertanya macam mana kalau orang lumpuh seluruh badan nak memperbaharui kad bank.

“Pihak bank kata, saya kena bawa juga mak datang ke bank. Saya tanya, ada tak kaedah lain untuk ibu saya yang lumpuh ini?

“Pihak bank jelaskan mereka tiada cara lain dan saya sebagai anak perlu membawa mak datang dan tolak mak (mungkin maksudnya menggunakan kerusi roda) ke dalam bank juga.

“Saya terpaksa guna perkhidmatan St. John sebab tak mampu bawak mak guna kereta dengan keadaan mak yang tak boleh duduk. St John Gurun memang terbaik sangat memahami dan servis terbaik mereka bagi dekat mak.

“Semua tu kos yang perlu dikeluarkan sendiri bukan percuma. Ada juga ya bank yang tidak bertimbang rasa terhadap orang sakit,” katanya.

     

Dalam masa yang sama, pengadu juga mendakwa pihak bank berkenaan telah menyekat akaun bank ibunya (kad baru) tanpa sebarang notis, menyebabkan ibunya tidak dapat mengeluarkan wang tunai.

Apabila dia menghubungi pihak bank untuk menuntut penjelasan, mereka meminta dia berjumpa dengan pengurus Public Bank.

Pengadu berasa terkilan dengan tindakan bank berkenaan yang bukan sahaja mendatangkan beban, malah membantutkan urusan pembelian barangan keperluan ibunya.

“Hanya pencen arwah ayah tak banyak, cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak. Bila jadi macam ni, agak terkilan. Bukan dari golongan berharta. Betul-betul mengharapkan duit masuk bulanan untuk beli keperluan mak tapi pihak bank dah block.

“Terputus nak beli keperluan mak, terkilannya rasa macam ni ke golongan tak berharta dilayan oleh pihak mereka,” katanya.

Antara reaksi netizen :

“Pegawai bank patut tolong. Teringat arwah mak saya yg tidak boleh berjalan jauh sbb kaki bermasalah. Dan anak pula terpaksa parking kereta jauh dari bank sbb tidak ada parking yg paling hampir. Anak pergi jumpa pegawai bank dan pegawai berkenaan dtg ke kereta untuk selesaikan urusan walau terpaksa berjalan kaki hampir 100m. Terima kasih pegawai bank BSN Sungai Buluh. Jasamu dikenang.” – Noraini

“Betul..ayh sy pun strok xboleh nk bergerak.hny terbaring..adk sy tny pihak cimb utk renew kad bank ayh disuruhnya bwk ayh ke bank…xkan pihak bank xde cara lain utk mudahkan org yg ada masalah mcmni.” – Ila Rusdi

           

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber:TikTok NurHatini

Posting Komentar untuk "“Macam ni ke golongan tak berharta dilayan pihak bank..” Anak terkilan, lbunya yg Iumpuh dipaksa datang ke bank untuk renew kad bank"