Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Ugvt Keluarga Ceder4kan Dia..”- Jutawan Azlan Al Amin Berdepan Detik Cem4s Rumah Dimasuki Lelaki Meng4muk

Bagaimana reaksi anda jika ada orang datang ke rumah anda bercakap dengan kasar, mengungkit itu ini tanpa hujung pangkal yang jelas dan menyalahkan anda secara semberono serta mengugut untuk mencederakan anda sehingga mengancam nyawa anda???

Dan orang yang sama sebelum itu juga telah menerjah datang ke rumah ayah anda dan memasuki halaman rumah dengan kereta yang dipandu secara berbahaya?
Ya, anda tentu terkejut, hairan dan akhirnya pasti marah.

Keadaan itulah yang saya alami apabila seorang lelaki bernama Azuan Kassim datang ke rumah saya dengan lagak dan gayanya seperti orang tidak siuman.

Dia datang menimbulkan masalah urus niaga tanah yang seharusnya diselesaikan di pejabat.

Padahal,semua bukti menunjukkan dia tidak membayar wang ansuran tanah saya yang dia beli selama hampir 13 bulan lamanya! Tapi,saya bersabar dan tidak pernah mendesak!

Ceritanya,pada tahun 2020 dia ada beli tanah lot secara ansuran dengan saya dan berjanji selepas bayar pendahuluan,dia akan bayar bulanan sebanyak rm500 sebulan sehingga habis.
Tapi sejak awal dia curang,bayaran ansuran hanya dibayar sebulan dua kemudian dia terus menyepi selama setahun.

Sepertinya,telah ada “agenda” awal.Mana boleh seorang yang tahu diri tidak mampu membeli sesuatu pada harga berpuluh ribu,tetapi tepapi membelinya dan kemudian menimbulkan masalah kepada pihak yang menjualnya.

Lama kemudian setelah dia sudah sekian lama tidak membayar duit ansuran bulanan,dia menghubungi wakil saya Mustakim untuk membuat pembatalan.
Kalau ikut perjanjian jualbeli,saya berhak potong sedikit caj pengurusan bila berlaku pembatalan.

Tapi kerana ehsan,saya tak batalkan.Bahkan,saya bayar balik dengan jumlah lebihan duit berbanding nilai sebenar. Waktu tu,dia mengucapkan terima kasih dan gembira.
Kelakuan pelik beliau mula terjadi ketika saya dalam proses saya membayar beberapa kali ataupun secara kali duit pembatalan beliau sebagaimana yang dipersetujui.

Pernah suatu ketika,dia mendakwa kami tidak menjawab pangilan telifon beliau yang mahukan duit baki walaupun kita sudah sedia maklum akan prosedur bayaran balik mana mana pembatalan.

Kami sendiri dengan kesibukan melayani ramai pelanggan,tentu sekali tidak akan terdaya nak santuni semua pangilan dalam satu masa.
Jadi dia mula marah.

Dia send watsap kepada Mustakim menyatakan dia ada masalah mental dan dia nak datang rumah saya.

Ketika itu saya di rumah, berehat bersama keluarga sambil menunggu waktu solat Asar.

Dia datang dengan agresif ke rumah mak saya.

Kemudian,dia keluar dari kawasan rumah mak saya dan dia masuk ke kawasan rumah saya.

Pada mulanya, saya menerima dan menghormatinya sebagai tetamu. Wajib, menghormati tetamu.

Tapi saya dah berbincang dengan Mustakim,kami terpaksa mengertak dia jika dia tidak endahkan adab berada di rumah orang dan bertindak agresif.

Benar,dia mulai menunjukkan sikap agresif sejak mula sampai,siap mendakwa dia gila dan boleh pukul orang. Sebenarnya semasa di rumah mak saya,dia dah ugut kepada adik ipar saya untuk cederakan saya.

Apabila dia menimbulkan provokasi demi provokasi, dengan hal-hal yang sekejap ke situ dan ke sini, saya mula syak yang beliau tidak berapa siuman atau setidak-tidak sedang menghadapi tekanan.

Tegasnya, pada petang itu saya berdepan dengan orang yang tidak normal.

Justeru, saya tidak ada pilihan. Setelah berapa lama melayannya seperti ‘orang biasa’ akhirnya saya berasa terancam, dan mula bertindak balas untuk mempertahankan ketenteraman diri dan ahli keluarga saya yang ada di rumah ketika itu.

Setelah memberi penjelasan melalui fakta dan hujah berdasarkan polisi dan prinsip perniagaan yang dipersetujui bersama tidak memberi kesan, akhirnya saya terpaksa mengubah taktik.
Saya terpaksa bertindak dan bercakap sesuai dengan keadaan fizikal, mental dan emosi orang tersebut.

Saya mula memilih strategi menggertak dan ‘menggugut’ beliau secara tegas dan keras.

Bagi saya pada waktu itu, keselamatan keluarga saya menjadi keutamaan.

Lalu saya menggertak beliau dengan menunjukkan bahawa saya mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak PDRM.

Ini hanya usaha saya untuk dia takut dan segera keluar dari rumah. Apabila itu pun nampaknya tidak berkesan, saya mula mengambil tindakan yang lebih agresif kerana merasakan itu lebih efektif dan sesuai berdepan dengan kurangnya daya keintelektualan dan adab individu yang saya hadapi.]

Saya akui, saya agak tertekan dan marah kerana dia tidak menjaga adab dan haknya sebagai tetamu di rumah saya lebih-lebih lagi tindakan agresifnya sebelum itu yakni menerjah secara kasar ke rumah ayah-ibu saya yang terletak berhampiran rumah saya.

Rupa-rupanya, anggapan saya meleset. Individu yang saya hadapi itu sebenarnya bukan tidak siuman. Dia rupanya menjadi ‘budak’ kepada satu perancangan menjatuhkan reputasi saya sebagai.Saya syak,ada dalang di sebalik tindakan yang kelihatan sangat teracangg.

Ini satu konspirasi yang terancang untuk memalukan saya.

Rupa-rupanya individu tersebut telah diperalatkan untuk merakamkan reaksi saya dengan rakaman melalui kamera yang disembunyikan,sedangkan saya pada waktu itu hanya sekadar “buat buat” mengertak kerana menyangka dia memang mengalami masalah mental.

Sungguh jelik. Saya mensyaki ada dalang di sebalik semua ini. Jika tidak masakan insiden itu dirakam olehnya dan kemudiannya ditularkan secara sistematik melalui aplikasi Tik Tok.

Lebih buruk lagi, para nitizen (warga net) didedahkan hanya cuplikan (petikan) daripada keseluruhan insiden dengan menonjolkan bahagian-bahagian yang memaparkan ‘kemarahan’ saya tanpa menyedari bahawa saya sebenarnya hanya “berlakon” untuk mengertak seorang yang disangka benar benar ada masalah kegilaan.

Para penonton tidak akan tahu apa latar belakang dan konteks keseluruhan insiden tersebut.

Tujuannya? Membunuh karakter (‘character assassination’) saya. Yakni satu strategi yang selalu digunakan untuk menjatuhkan ahli politik, ahli perniagaan, agamawan dan lain-lain orang yang berpengaruh.

Insya-Allah, saya tidak akan membenci pelakunya – sama ada ‘orang suruhan’ mahupun ‘tuannya’. Tetapi saya akan tetap mengambil tindakan tegas dan setimpal kepada perlakuannya mengikut lunas undang-undang negara dan syarak.

Tunggulah, mereka akan tertimbus dalam lubang yang mereka gali sendiri. Insya-Allah.

Saya sekali-kali tidak akan membiarkan perlakuan-perlakuan tidak bermoral, terdesak dan jahat ini berlaku lagi kepada saya dan orang-orang lain.
Ini satu kezaliman yang perlu dihukum dan diberhentikan.

Bukan kerana Azlan Al Amin, tetapi kepada semua individu yang sedang berusaha untuk memajukan diri guna memberi khidmat kepada ummah.

Dan dari segi Islam, ini satu tindakan Nahi Mungkar, yang perlu digalas untuk setiap orang yang beriman.

Jika tidak ditangani dengan tuntas dan pantas, saya bimbang ia akan menjadi satu budaya yang akan menyebabkan pemfitnah dab penzaliman berleluasa mempengaruhi orang ramai yang akan menghuru-harakan masyarakat dan menjerumuskan kita kepada seksa neraka.

Nauzbulliah.

Nota kaki : gambar ketika dia mula mula datang di pejabat untuk membeli tanah lot ansuran pada 2020.

Sumber: Fb Azlan Al amin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share . Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Posting Komentar untuk "“Ugvt Keluarga Ceder4kan Dia..”- Jutawan Azlan Al Amin Berdepan Detik Cem4s Rumah Dimasuki Lelaki Meng4muk"