Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kereta Axia Dihentam Kereta Terbabas Dari Arah Bertentangan Di Johor Bahru

Kereta tersebut telah melanggar pembahagi jalan dan merempuh sehingga remuk sebuah Perodua Axia di jalan bertentangan.

Siapa je nak terlibat dalam kemalangan jalan raya, betul tak? Kadang-kadang kita sebagai pemandu dah cuba sedaya upaya pandu dengan berhemah, tetapi orang lain pula yang cuai.

Seperti satu kes berlaku baru-baru ini, sebuah kereta Perodua Axia telah dilanggar teruk oleh sebuah kereta di sebuah jalan raya berhampiran Apartment Cube 8 Teens di Johor Bahru.

Kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh kamera dashcam pemandu lain di tempat kejadian ketika perlanggaran itu berlaku pada waktu malam.

Menerusi satu video dimuat naik semalam (24 Julai) oleh Franklin Unity di laman YouTube miliknya (Franklin Unity), sebuah kereta dilihat dipandu dengan sangat laju sehingga menyebabkan dia terbabas dan memasuki jalan bertentangan.

Keadaan menjadi semakin keruh apabila kereta berkenaan telah menghentam sebuah kereta Axia di bahagian hadapan sehingga remuk.

Sumber: YouTube Franklin Unity

Orang ramai harap keadaan jalan raya diperbaiki

Video dimuat naik itu telah meraih 78,300 jumlah tontonan dan rata-rata orang ramai memberi pelbagai pendapat tentang kejadian kemalangan tersebut.

Ada yang meluahkan rasa simpati dengan pemandu kereta Axia itu kerana menjadi mangsa kemalangan.

Turut menjadi topik perhatian adalah keadaan jalan raya berkenaan yang dianggap perlu diperbaiki terutamanya dari segi ketinggian pembahagi jalan.

Katanya kemalangan yang berlaku di jalan berkenaan bukanlah kali pertama terjadi. Malah pemilik rakaman video dashcam itu juga ingin membantu sekiranya keluarga mangsa tersebut ingin sebarang bukti kejadian.

Diharapkan pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

Sumber : The Rakyat Post

Posting Komentar untuk "Kereta Axia Dihentam Kereta Terbabas Dari Arah Bertentangan Di Johor Bahru"