Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kalwant dihukum gantung di Singapura

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia Kalwant Singh telah dihukum gantung oleh Singapura kerana mengedar dadah, menurut aktivis hak asasi manusia Kirsten Han.

Kalwant, 32, disabitkan kesalahan memiliki 60.15g diamorfin dan mengedar 120.9g dadah itu.

Dia ditangkap ketika berusia 23 tahun dan berada di dalam penjara sejak sembilan tahun lepas.

Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant, selepas peguamnya, Too Xing Ji, berhujah bahawa Kalwant telah memberi maklumat kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura mengenai seorang suspek yang akhirnya ditangkap.

Bagaimanapun, dalam laporan The Straits Times, CNB berkata, maklumat yang membawa kepada penahanan suspek itu ialah hasil siasatan kes yang tidak berkaitan.

Petisyen untuk pengampunan Kalwant gagal, dan dalam kenyataan pada Selasa, CNB berkata, Kalwant dan Norasharee Gous – warga Singapura yang dibicarakan bersamanya – melalui proses undang-undang wajar sepenuhnya.

Pada April, seorang lagi rakyat Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam, turut dihukum gantung di Singapura kerana mengedar dadah jenis heroin.



Posting Komentar untuk "Kalwant dihukum gantung di Singapura"