Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Kalau saya, mungkin tak boleh teruskan” – Siti Nurhaliza Komen Viral Nyanyian Sumb4ng Ning Baizura

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kotak suara seseorang penyanyi boleh terganggu, terutama jika membuat persembahan untuk empat hari berturut-turut.

Apatah lagi, jika persembahan penyanyi itu disulami dengan emosi yang mendalam sehingga mungkin tidak dapat meneruskan persembahan kerana gagal mengawal perasaan.

“Merujuk kepada apa yang tular melibatkan Kak Ning Baizura, sebagai seorang penyanyi kadang-kadang kita gunakan semua tenaga vokal. Untuk empat malam, saya akui ada waktu kotak suara akan terganggu. Tak mustahil perkara itu boleh berlaku.

“Kita sedia maklum, emosi Kak Ning malam itu cukup berat. Kalau saya sendiri, mungkin akan berhenti dan rileks dulu. Kak Ning teruskan persembahan, dia memang kuat semangat,” katanya.

Penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu mengulas insiden yang tular, baru-baru ini apabila Ning tidak dapat menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu dengan baik sehingga menerima kecaman teruk daripada segelintir pengguna media sosial.

Namun, pada masa yang sama, rakan-rakan artis antaranya Datuk Hattan, Ramlah Ram dan Datuk Ramli MS mempertahankan penyanyi bersuara soprano itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza juga sempat menitipkan pesanan sesama rakan artis supaya Ning bertenang dan tidak terlalu melayan kecaman segelintir warganet di media sosial.

“Sekarang teknolgi makin canggih, kekurangan itu orang akan senang nampak. Mereka senang meletakkan sesuatu anggapan tanpa tahu kesusahan dan kesukaran seseorang. Nyanyi tiga hingga empat malam, bukan senang.

“Kak Ning rileks ya. Jangan layan sangat. Kita tahu apa yang kita usahakan,” katanya.

‘Jangan Kurang Ajar, Korang Tak Tahu Perjalanan Hidup Saya’ – Ning Baizura Balas Kutukan Netizen

Penyanyi, Ning Baizura tampil menjawab kritikan netizen berhubung persembahannya ketika menyanyikan lagu ‘Awan Yang Terpilu’ di sebuah pusat persembahan, baru-baru ini.

Jangan kurang ajar

Senang jer nak kutuk kan. Jangan kurang ajar ya! Wahai Manusia yang begelar manusia ingatlah Allah maha besar tau! Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan. In the light of this silly viral highlights.

Menurut Ning Baizura, pertama sekali dia ingin berterima kasih kepada para peminat kerana sentiasa memberi sokongan buat dirinya selepas video tersebut viral. Buat warganet yang mengkritik pula, Ning meminta mereka agar jangan kurang ajar dan beringat bahawa Allah maha besar. Tambah Ning, dia tidak kisah sekiranya warganet ingin membuat ‘lawak’ mengenai persembahannya itu. Ujar Ning lagi, rezekinya kian bertambah meskipun ada yang ketawa dan mengutuknya.

Dan yang nak buat lawak, teruskanlah sebab Alhamdulillah lagi viral, lagi kakak dapat banyak rezeki dan shows ya. Amin. Tak payah la nak kesian atau simpati.

Jelas Ning lagi, bukan semua orang tahu mengenai perjalanan hidup yang dilaluinya selama ini.

Mereka tidak tahu kenapa saya menyanyi macam tu. Apa perasaan saya ketika menyanyikan lagu tersebut. Hampir 80 lagu dalam 4 hari saya menyanyi tanpa henti dalam masa 2 jam setiap malam di Bobo. Peminat sebenar datang dan sokong saya. Hanya peminat yang ‘fake’ di sosial media akan kecam saya.

Video persembahan hari pertama

Di akhir posting, Ning meluahkan rasa terkejut apabila ramai orang ingin mengetahui cara nyanyian ‘Soprano’ yang dilakukan olehnya.

That’s wonderful.. Come for lessons or try singing for 30 over years then we Talk hey!

Sumber: Ning Baizura

kredit: utusan

Posting Komentar untuk "“Kalau saya, mungkin tak boleh teruskan” – Siti Nurhaliza Komen Viral Nyanyian Sumb4ng Ning Baizura"