Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ini Resp0nd Datin Shahida Tentang Apa Yang Sedang Berlaku Kepada Aliff Syukri Sampai Kant0i Menipu Gambar Ubat ‘Ced0k’ Gambar Orang Lain

SELEPAS mengumumkan mengundurkan diri daripada media sosial pada malam Jumaat sambil menangis teresak-esak, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kebimbangan orang ramai apabila memuat naik beberapa jenis pil di Instagram.

Aliff dalam satu hantaran yang sudah dipadam memberitahu pada bahagian kapsyen memohon agar mati secara tenang dan dalam iman.

“Ma tikan aku dengan tenang dan beriman,” tulisnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Naufal Antezem mendedahkan gambar ubat-ubatan tersebut adalah miliknya yang dimuat naik pada 2020.

“Itu ke gambar pil yang dimuat naik oleh Aliff Syukri? Kalau betul, aku boleh sahkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yang dimuat naik pada 2020.

“Kalau betul ini gambar yang dia upload dan gunakan, aku doakan dia terhindar daripada sakit yang ubat ini khususkan,” dedahnya.

Naufal memberitahu dia tidak berasa marah Aliff mengambil gambar tersebut tetapi berang kerana menganggap usahawan itu seolah-olah tiada hati perut mempermainkan perkara berkenaan.

“Mestilah aku marah. Bukan sebab dia ‘rembat’ gambar aku, tetapi sebab tiada hati perut main-mainkan benda ini,” katanya lagi.

Menjelaskan mengenai pil berkenaan, Naufal menjelaskan pil berwarna ungu adalah Epilim, Luvox (putih) dan Lorazepam (biru).

Luvox kata Naufal adalah untuk meningkatkan mood supaya tidak memasuki mod kemurungan manakala Epilim akan seimbangkan di antara maniac dan kemurungan dan Lorazepam untuk tidur.

“Setiap hari, tiga jenis pil saya kena ambil kerana saya menghidap bipolar jenis dua,” katanya.

Betul, Allah uji dengan suami – isteri Aliff Syukri

Selepas suaminya mendakwa mengalami sakit mental tetapi ‘kantoi’ apabila pendedahan dilakukan hanya sandiwara semata-mata, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida berlapang dada dengan dugaan dikurniakan pasangan hidup sebegitu.

Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida Mohd. Rashid menerusi satu balasan komen dalam Instagram memaklumkan, Allah lebih mengetahui segala-galanya.

“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan.

“Dunia ini tempat kita berehat,” demikian coret Nur Shahida, 37, menjawab kenyataan ditinggalkan seorang netizen dalam satu hantaran Instagram.

Terdahulu, Aliff, 35, bertindak mengucapkan selamat tinggal kepada berjuta-juta pengikutnya dalam media sosial.

Sejak beberapa hari lalu, dia kembali mengundang cacian selepas berkongsi sebuah video sedang bergelek dan menari sakan bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.

Difahamkan, Aliff berhasrat untuk melancarkan sebuah video muzik single terbaharunya bersama penyanyi itu namun seperti kebiasaan, apa yang dilakukannya mengundang teguran ramai termasuk penceramah bebas, PU Syed dan ibunya sendiri.

Terdahulu, Aliff dalam beberapa hantaran di Instagram menangis teresak-esak memohon maaf kepada semua termasuk kepada ibu, isteri dan anak-anaknya.

Sumber : K! Online / MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Posting Komentar untuk "Ini Resp0nd Datin Shahida Tentang Apa Yang Sedang Berlaku Kepada Aliff Syukri Sampai Kant0i Menipu Gambar Ubat ‘Ced0k’ Gambar Orang Lain"