Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Identiti Ibu Tinggalkan Anak Berusia 2 Bulan Di Perhentian Bas Harian Kudat Kini Terdedah!Identiti Ibu Tinggalkan Anak Berusia 2 Bulan Di Perhentian Bas Harian Kudat Kini Terdedah!

Lagi kes ibu tinggalkan anak berusia 2 bulan di perhentian bas. "Sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak tersebut," katanya .


KOTA KINABALU - Pejabat Kebajikan Matunggong sedang mengesan ibu atau waris seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang ditinggalkan pada 28 Julai lalu. 

Bayi yang dikenali sebagai Thyana Ashley ditinggalkan kepada seorang pengadu di perhentian bas berhampiran sebuah sekolah di Tinangol, Kudat. 


Pelindung dari Pejabat Kebajikan Daerah Matunggong, Connie Jikisoi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak yang telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada pengadu. "


Ibu kandung yang dipercayai bernama Sheron meninggalkan bayinya pada jam 5 petang, 28 Julai lalu di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tinangol, Kudat. 


"Sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. 


Sehubungan itu, Connie berharap perkara itu dapat diuar-uarkan kepada orang awam untuk mengesan waris kanak-kanak berkenaan. 


"Sesiapa yang tahu mengenai kanak-kanak ini diminta tampil membantu siasatan di bawah peruntukan seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan)2016. 


"Sebarang maklumat, boleh berhubung Pelindung Daerah Matunggong di talian 088-613793," katanya.

 

Posting Komentar untuk "Identiti Ibu Tinggalkan Anak Berusia 2 Bulan Di Perhentian Bas Harian Kudat Kini Terdedah!Identiti Ibu Tinggalkan Anak Berusia 2 Bulan Di Perhentian Bas Harian Kudat Kini Terdedah!"