Genap 40 Hari Berjuang Di H0spital, Ibu Terkilan Anak ‘Pergi’ Angkara Sikap Cu4i Segelintir Nurse
Menerusi perkongsian oleh wanita dikenali Nurul Iqa, bayi lelakinya bernama Putera Muhammad Fayyaz terpaks dimasukkan ke dalam wad NICU susulan degupan jantung yang lemah. Tidak cukup dengan itu, adik Fayyaz difahamkan kritikal kerana paru-parunya sudah melekat dengan najis sehingga menyebabkan anaknya tidak dapat bernafas sendiri.
Nurul Iqa berkata, anaknya diberi bantuan pernafasan oksigen pada kadar maksimum selain dimasukkan lapan jenis ubat sebelum didiagnos menghidap jangkitan kuman dalam kahak pada dua minggu kemudiannya.
Apa yang lebih meruntunkan hati seorang ibu muda ini adalah jururawat bertugas ‘sedap’ tidur di meja belakang, sedangkan anaknya menangis teresak-esak tanpa suara dari pukul 2 pagi sampai pukul 3 lebih sehinggakan paras oksigen menurun bawah 80 lebih.
Ekoran mesin oksigen itu berbunyi, jururawat bertugas yang lain datang dan memarahi dirinya kerana menganggu anak kecil itu berehat walhal wanita itu hanya mampu berzikir untuk menenangkan anaknya.
“Tiba-tiba nurse yang duduk dengan nurse yang jaga adik datang marah ibu dan cakap; Ibu, jangan kacau dia sangat. Bagi dia rehat! Kemudian, ibu cakap pada nurse, anak saya sakit dan mulut dia banyak air liur yang keluar. Nurse itu boleh cakap nanti kami sedut air liur dan kahak dia. Ibu jangan kacau, baby!”luahnya.
Terang Nurul Iqa, punca anaknya menangis adalah berpunca daripada kecuaian jururawat bertugas memasukkan ubat ke bahagian paha yang salah.
“Nurse pagi beritahu anak saya sebenarnya sakit di tempat yang mereka letak di paha dan ubat dimasukkan di bahagian yang sudah lama sakit. Dan apabila mereka tukar, barulah anak Tiqa dapat tidur.”tulisnya.
Sejak dari kejadian itu, kesihatan anaknya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam pelukannya setelah genap 40 hari bertarung nyawa di NICU. Walaupun reda dengan pemergian anaknya, wanita itu masih terkilan dengan layanan cuai oleh segelintir jururawat bertugas sepanjang memantau keadaan bayi lelakinya di NICU.
Komen Netizen:
Ibu2 yg pernah alami je yg tahu mcm mn keadaan sbnr..yg xprnh ade pnglmn mcm ni jgn nk memandai bg statemnt backup mcm kau tau semua benda dn ada kt stu..wad baby kuning pun sm…x smpai hati tngok anak org lain menangis smpai xde suara dh..xkan kita nak memandai2 tolong diamkan..dukung atau kalihkan pulak..tmbh skrg dgn SOP bagai..apepun saya respect dgn nurse/DR yg sgt baik cuba tenangkan baby2 nihh..tp geram btul pulak dgn golongan nk intai pegang anak sendiri pun kena jeling…dh la ibu2 ni lps brsalin tmbh yg Czer nk brjln pun mcm Juon dh rs..
Kalau viral mcm ni mmg nanti hospital tu bagi statement.. Kita tggu apa alasan diaorg
Benda skrg ni bukn pasal sesetengah nurse ke apa, tak semua job tu kena ada sesetengah yg baik shj, itu lah keje beruniform, kena uniform dlm melaksanakan tugas. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Cuba kalo pilot kapal terbang sesetengahnya bwk kapal terbang ada yg terkandas, agak2 kita yakin ke nk terbang? Analogi ni boleh digunapakai utk semua badan beruniform. Semoga awk mendapat keadilan yg sepatutnya buat arwah baby
Sumber: Facebook Nurul Iqa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Posting Komentar untuk "Genap 40 Hari Berjuang Di H0spital, Ibu Terkilan Anak ‘Pergi’ Angkara Sikap Cu4i Segelintir Nurse"