Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Terkini- Lelaki Buat Lap0ran P0lis Nampak Zalina Azman, Tak Sangka Ini Keadaan Zalina Sewaktu Ditemui

BERITA kehilangan Zalina Azman seolah-olah mendapat petunjuk baharu apabila ada individu mendakwa melihat seorang wanita seperti bekas personaliti TV3 itu pada Ahad lalu.

Individu berkenaan menerusi Twitter miliknya iaitu Mosyuki Borhan mendakwa seorang wanita seperti Zalina muncul di kafe miliknya iaitu Dos Cafe di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor kira-kira 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.

“Ketika di kaunter hendak memesan makanan, dia toleh belakang, kanan dan kiri. Agak mencurigakan. Apabila saya tanya okay atau tidak, dia hanya mendiamkan diri.

“Pekerja yang lain memintanya duduk terlebih dahulu dan mengambil pesanan kemudian. Dia tidak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya adalah ‘saya takut besi’.

“Bercakap dalam keadaan takut, macam ada benda yang berlaku,” katanya.

Mosyuki berkata, reaksi wanita itu mungkin disebabkan di dalam kedainya terdapat banyak besi.

Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Mosyuki berkata, pada awalnya individu itu kelihatan takut untuk masuk ke dalam restoran dan dia berdiri lama di hadapan pintu.

Tidak pasti mengapa dia berkelakuan demikian namun wanita itu mungkin teragak-agak untuk masuk kerana tombol pintu diperbuat daripada besi.

“Masa nak keluar kedai, dia langgar sahaja pintu sebab tidak mahu pegang tombol. Saya kasihan melihatnya. Nampak macam kelaparan tapi dia terus berlalu pergi sebab dia macam insecure, takut dan rasa terancam.

“Kami pun ikut keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia berjalan tanpa arah macam mencari sesuatu. Laju,” jelasnya.

Ketika itu kami cuma berharap dia selamat sahaja masa itu malah tidak sempat untuk menawarkan makanannya kepadanya.

Insiden yang melekat di minda Mosyuki itu membuatnya tersentak apabila pada malam Isnin mereka membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.

Mosyuki memberitahu dia menjadi tidak senang duduk dan rasa berdebar kerana teringatkan wanita yang datang ke kedai mereka.

Tidak berlengah, dia terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis, Shah Alam.

“Sebab perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis.

“Polis kata pemakaian dia sama macam masa dia hilang. Pakai jaket apa semua,” ujarnya.

Sementara itu, Mosyuki berkata, meskipun belum dipastikan wanita yang hadir ke restorannya itu adalah Zalina namun dia terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.

“Pertama kali saya tengok orang takut besi. Saya bimbang wanita ini pernah kena culik ke atau diseksa ke sampai trauma dengan besi.

“Dia pegang duit macam itu sahaja, tiada dompet atau barangan lain. Kasut pun pakai tidak betul sebab tali tidak berikat,” katanya.

Personaliti TV yang juga Senator, Datuk Ras Adiba Radzi turut menjalankan misi mencari sahabatnya itu.

Mosyuki turut berharap pihak polis akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi membantu misi pencarian Zalina.

“Saya harap kalau yang datang itu Zalina Azman, semoga dia dijumpai, dia nampak sangat ketakutan.

“Kalau pun itu bukan dia, harap wanita itu pun selamat,” katanya.

Berita kehilangan Zalina atau Zalina Shaharah Azman, 58, yang didedahkan polis Isnin menggemparkan apabila bekas personaliti TV3 itu gagal dijejaki sejak November tahun lalu.

Pelbagai spekulasi dibuat tentang kehilangan Zalina sehinggakan rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi bertindak melakukan misi pencariannya bermula pada malam Selasa.

Zalina merupakan bekas penyampai berita TV3 dan mengendalikan rancangan Money Matters.

Beliau dikatakan tinggal di Seksyen 3, Shah Alam dan pernah menunaikan haji pada 2011.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Posting Komentar untuk "Terkini- Lelaki Buat Lap0ran P0lis Nampak Zalina Azman, Tak Sangka Ini Keadaan Zalina Sewaktu Ditemui"