Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rizal Buat Lap0ran P0Iis, Ada Sesuatu terjadi pada Ahli Keluarga

Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dikatakan telah membuat laporan poIis selepas dia dan keluarganya menerima pelbagai gangguan termasuklah ugvtan bunvh dipercayai berpunca daripada kontroversi baru-baru ini.

Menurut portal The Vibes, Rizal atau nama sebenarnya Rizal van Geyzel sebelum ini pernah mendapat ugutan bunuh sehinggakan terpaksa menukar nombor telefon.

Pada ketika itu, dia tidak membuat laporan poIis memandangkan lsu hlna agama tersebut masih berterusan.

Akan tetapi, apabila isterinya mula menerima ugutan bunuh, maka dia tidak boleh berdiam diri dan terpaksa membuat laporan polis.

Difahamkan isterinya menerima panggilan ugvtan membunvh itu pada pukul 4.30 minit pagi Ahad lalu.

Jelasnya lagi, individu yang memberi ugutan kepada mereka sekeluarga seolah-olah pembayang ia akan berlanjutan apabila si ugut itu mengatakan bahawa “ini hanya permulaan”.

Difahamkan lelaki berusia 36 tahun itu telah membuat laporan di Balai PoIis Taman Tun Dr Ismail pada jam 5 petang semalam bagi memastikan keselamatan mereka sekeluarga terjamin.

Dan disahkan sendiri oleh Ketua PoIis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dengan mengatakan pihak mereka menerima laporan tersebut dan ia dibuat oleh pemilik syarikat Mycomedy Sdn Bhd semalam.

“Polis mengesahkan laporan yang dibuat, ugutan diterima oleh isteri pemilik kelab berkenaan dari seorang lelaki tidak dikenali.”ujar Mohamad Fakhrudin.

Malah, pihak polis mengatakan ugutan itu mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan cat di premis terbabit dan kes tersebut dislasat mengikut Seksyen 507 Kanun dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, dilaporkan Kelab Komedi Crackhouse telah disimbah cat hitam oleh dua orang individu yang kini sedang dalam buruan pihak polis.

Sumber : OMM

Masih belum reda isu wanita melakukan pertunjukan lawak yang didakwa menghlna lslam di sebuah kelab komedi di ibu kota, kini tular pula tentang pemilik kelab berkenaan menjadikan perkauman sebagai bahan jenakanya.

Ogy Persoal Motif Pemilik Kelab. Hal ini mendapat perhatian pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Ogy Ahmad Daud, di mana dia berkongsi sebuah video yang memaparkan pemilik kelab komedi yang dikenali sebagai Rizal Van Geyzel membuat persembahan di kelabnya.

Menerusi klip video yang dikongsikan Ogy di Instagram-nya, Rizal membuat persembahan dalam bahasa tamil dengan menjadikan topik kaum melayu sebagai bahan lawak jenaka.

 

“Tahu Tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa tamil?”

“Sebab saya suka perli orang melayu”

“Saya boleh buat persembahan dalam bahasa inggeris tapi itu pun mereka tak boleh faham” Ucapnya.

Melihat entri yang ditulis Ogy pula, pengarah dan pelakon ini mempersoalkan tindakan pemilik kelab mengunakan topik perkauman sebagai bahan jenakanya.

“You ada masalah dengan bangsa melayu ke Rizal?” Coretnya.

Netizen Banjiri Ruangan Komen
Muatnaik yang dikongsikan Ogy mendapat perhatian warganet di media sosialnya, rata-rata ramai yang mengecam tindakan pemilik kelab tersebut yang menjadikan perkauman sebagai bahan lawak jenaka dan menyokong kelab berkenaan ditutup terus.

“Kalau dia ada masalah dengan melayu maka dia ada masalah juga dengan mak dia, pasal mak dia pun melayu”

“Jujur bagi saya.. Kelab komedi tak perlu ada”

“Eh lawak sampah lah. Tak suka orang melayu boleh berambus dari Malaysia” komen warganet.

Anak seni yang rosak.. Merosakkan akhlak.. Rancangan macam ni tak perlu ada”

“Memang patut kelab ni ditutup”

“Memang lawak tu ada macam-macam jenis. Tapi ikut lah budaya sesuatu negara tu. Ni Malaysia, negara yang penuh dengan adab” komen mereka.

Sekadar info, pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung operasi kelab tersebut buat sementara waktu.

Sumber : Murai

Pertemuan empat mata di antara Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bersama pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Yusuf menerusi hantaran di Facebooknya tadi memaklumkan penundaan tersebut disebabkan pemilik berkenaan perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung isu pelawak wanita yang tular baru-baru ini.

“Pertemuan empat mata antara saya (mewakili Semboyan Malaysia) bersama pemilik premis ‘Crackhouse’ saudara Rizal yang sepatutnya diadakan petang ini terpksa ditunda.

“Saya dihubungi saudara Rizal memohon penundaan tarikh atau hari bagi membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan beliau perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak poIis terhadap dkwaan ke atasnya,” katanya.

Jelas Yusuf, pertemuan yang dirancang itu bertujuan menjernihkan isu yang hangat diperdebatkan orang ramai ketika ini apabila pelawak wanita tersebut dikatakan telah menghlna agama lslam dengan tindakan membuka tudung dan pakaian sewaktu membuat persembahan.

“Mohon semua doakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga kita kuat untuk berjlhad demi membela agama,” ujarnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Crackhouse di lG.

Sumber : KOSMO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Posting Komentar untuk "Rizal Buat Lap0ran P0Iis, Ada Sesuatu terjadi pada Ahli Keluarga"