Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Peniaga Pisang Goreng Tidak Dibenarkan Untuk Guna Minyak Masak Paket Memandangkan Ianya Tidak Boleh Digunakan Secara Komersial


Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak barangan mentah atau barangan dapur yang mula naik harga. Bermula dari gandum, ayam sehinggalah kepada minyak masak.


Malah minyak ini juga ditarik balik subsidinya oleh pihak kerajaan. Disebabkan itu, masyarakat kita pada hari ini terpaksa berkira-kira untuk membeli minyak masak memandangkan harganya cukup tinggi.


Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis minyak masak sama ada dalam botol atau pun dalam paket. Kebiasaannya para peniaga seperti peniaga kedai makan atau pun penjual makanan bergoreng, mereka akan membeli minyak masak kotak untuk kegunaan mereka.


Sejak dari dahulu lagi, rata-ratanya akan membeli minyak paket dalam kotak memandangkan harganya lebih rendah berbanding dalam botol. Lebih-lebih lagi saat sekarang ini, di mana harganya yang cukup tinggi.

Walaupun begitu, sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, minyak masak paket hanya untuk isi rumah dan peniaga kecil sahaja.



Peniaga pisang goreng tidak boleh gunakan minyak masak paket – Pm


Namun terbaharu, video yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama jason.yew di aplikasi TikTok berkenaan dengan minyak masak paket ini cukup membuatkan warga TikTok m4rah. Video terkini yang memaparkan perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata di dewan parlimen bahawa minyak masak paket ini tidak dibenarkan untuk para peniaga atau penjaja menggunakannya lagi.


Katanya penjaja pisang goreng yang menggunakan minyak dalam paket adalah satu kesalahan memandangkan ianya tidak boleh digunakan secara komersial.


“Pakcik makcik yang jual goreng pisang, mereka tidak boleh menggunakan minyak masak untuk kegunaan jual goreng pisang kerana itu salah. Sebab minyak masak peket ini tidak boleh untuk komersial, jadi salah. ” – Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob


Sumber: dailymakan

Posting Komentar untuk "Peniaga Pisang Goreng Tidak Dibenarkan Untuk Guna Minyak Masak Paket Memandangkan Ianya Tidak Boleh Digunakan Secara Komersial"