Pengakuan Ezzah Aziz, Rupanya Ada Satu Perkara Mahu Dilakukan Zalina Masa Kali Terakhir Dia Jumpa
Demikian luahan bekas pembaca berita TV3, Ezzah Aziz Fawzy, yang berkongsi rasa sedih mengenai berita kehiIangan rakan yang juga bekas pembaca berita stesen TV itu, ZaIina Azman.
Menurut Ezzah ketika dihubungi, kali terakhir dia bertemu dengan ZaIina adalah sebelum era pndemik bermula.
ZaIina mahu tunaikan ibadah haji
” Kali terakhir saya bertemunya adalah sebelum dia menunaikan ibadah haji iaitu sebelum pndemik meIanda.
Pada ketika itu, ZaIina menjemput ‘Geng Jalan Liku’ untuk makan-makan di rumahnya di Bukit Bangsar,” katanya Ezzah kepada HarianMetro.
Ezzah kemudiannya ada berhubung dengan ZaIina dan menjemputnya ke majlis perkahwinan anaknya.
” Pada Januari 2020, saya menjemputnya ke majlis perkahwinan anak perempuan saya, tapi dia tak dapat hadir pada ketika itu.
” Pada Julai 2021, saya ada mengirimkan kirim WhatsApp kepadanya untuk menjemputnya sebagai panel profesional dalam satu majlis, tapi dia tak jawab.
” Saya berdoa semoga Zal (ZaIina) selamat dan dilindungi daripada sebarang bahaya,” katanya.
Kamaruddin Mape turut berkongsi perasaan
Selain Ezzah, seorang lagi rakan seangkatan ZaIina yang juga Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape turut berkongsi perasaan terkjut saat dimaklumkan mengenai berita itu.
” Saya dah lama tak berjumpa dengannya. Kali terakhir adalah sekitar awal tahun 2000-an. Selebihnya, saya banyak ikuti perkembangannya di media sosial.
Saya dapat tahu mengenai berita ini sekitar jam 8.30 malam semalam.
” Mula-mula, saya sendiri pun terkejut dan macam tak percaya sehinggalah saya melihat sendiri laporan poIis dan gambarnya,” katanya.
Menurutnya, pihak poIis mungkin ada sebab tertentu untuk tidak menghebahkan mengenai laporan kehiIangan itu.
” Saya teliti sama ada laporan itu benar atau palsu kerana tarikhnya adalah pada November 2021. Memang benar, laporan itu adalah pada tarikh berkenaan.
” Mungkin ada sebab mengapa pihak poIis tidak menghebahkan mengenai laporan itu sehinggalah semalam.
” Kami sahabat-sahabatnya mendoakan agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada ZaIina,” katanya.
Terdahulu, HarianMetro melaporkan, poIis sedang mencari ZaIina yang dilaporkan hiIang sejak November tahun lalu.
Ketua PoIis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga ZaIina, 58, berhubung kehiIangannya pada 29 November tahun lalu.
Rakan pengacara ZaIina dalam program Money Matters turut terkjut
Dalam pada itu, personaliti TV dan pengacara program Money Matters, Zahir Kelvin Ong Abdullah turut mengulas mengenai berita kehiIangan rakan sejawatnya itu.
Kelvin ketika dihubungi berkongsi, ZaIina adalah individu yang begitu menjaga privasi kehidupan peribadinya.
” Semalam, saya pun terkejut ketika Ras (Senator Datuk Ras Adiba Radzi) berkongsi berita kehiIangan ZaIina Azman.
” Selepas berhenti dari TV3, dia lebih banyak menyepi dan menjaga privasi kehidupan peribadinya. Tapi, itu perkara biasa sebab saya pun melakukan perkara sama selepas berhenti,” katanya kepada HarianMetro.
Kelvin juga memaklumkan bahawa kali terakhir dia dihubungi ZaIina adalah pada September 2020.
” Ketika itu, dia keluar minum teh dengan Ras dan pada waktu itulah mereka menghubungi saya. Itu kali terakhir kami berbual di telefon.
” Kalau bertemu secara berdepan, rasanya kali terakhir dah lebih 10 tahun lalu. Memang dah sangat lama saya tak berjumpa dengannya,” katanya.
Pernah bergandingan sebagai pengacara dalam program Money Matters sekitar tahun 1990-an, Kelvin berkata, semua yang bekerja di bilik berita TV3 umpama satu keluarga.
” Saya menyertai TV3 pada 1991 dan mula bergandingan dengan ZaIina sebagai pengacara Money Matters dari 1997 hingga 2000.
” Pada era 1990-an, bilik berita TV3 kecil. Jadi, kami yang bekerja di sana memang rapat umpama keluarga.
” Harapan saya, semoga urusan untuk mencari ZaIina dipermudahkan dan dia dapat pulang ke rumah dalam keadaan baik,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan poIis sedang mencari ZaIina yang hiIang sejak November tahun lalu.
Ketua PoIis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga ZaIina, 58, berhubung kehiIangannya pada 29 November tahun lalu.
Sumber: asiakini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Posting Komentar untuk "Pengakuan Ezzah Aziz, Rupanya Ada Satu Perkara Mahu Dilakukan Zalina Masa Kali Terakhir Dia Jumpa"