Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Memang dia ni seorang..” Setelah heboh kehilangan Zalina Azman… Diva AA pula tampil dedah perangai sebenar Zalina Azman buat semua terkejut…

Kehilangan personality TV3 Zalina Azman turut mendapat perhatian Azwan Ali, 56 tahun, yang lebih mesra disapa Diva AA.

Kata Diva AA, dia memang mengenali Zalina Azman dan melabelnya sebagai seorang yang tidak berselindung, amat baik hati dan merendah diri.

Selain itu Azwan Ali akui Zalina Azman, 58 tahun, memang amat berahsia orangnya.

“Dia ni satu-satunya personaliti TV3 yang tidak ada nak berpura pura apabila bertemu dengan saya ni. Memang dia ni seorang yang perahsia tetapi dia juga baik hati. Amat merendah diri orangnya sungguhpun kami dari dua dunia penyiaran berbeza.”

Kita ni memang seganlah kerana dia di bahagian berita, saya pula di bahagian hiburan. Tetapi Zalina Azman ini memang baik dan begitu humble. Jika berjumpa, kami berdua selalu berborak tentang hal lain, tak ada nak sentuh tentang hal peribadi sangat. Saya amat hormati dirinya.”

Diva AA memberitahu, Zalina memanggil dirinya dengan nama Azwan, dan selalu teringat gelaknya.

“Saya masih ingat lagi gelak tawa dia. Dia panggil saya dengan nama Azwan. Itu yang terngiang-ngiang apabila saya dapat tahu dia dah hilang. Kalau ikutkan dia memang agak kecoh sedikit, tetapi apabila menyentuh hal privasi, yang ni dia akan diam diri.”

Itulah cerita dari Azwan Ali setelah mengetahui tentang kes kehilangan Zalina Azman yang mula dihebahkan sejak Isnin lalu oleh pihak berkuasa.

Kini memang pihak media mula membuat laporan tentang kes Zalina Azman ini setelah tidak dapat dihubungi sejak bulan November tahun 2021.

Jelas Ketua Polis Daerah Shah Alam, anak kepada Zalina iaitu Mihael Norman mula membuat laporan kepada pihak polis sekitar hujung bulan November setelah ibunya tak dapat dihubungi.

Ketika itu rumah Zalina juga dalam keadaan tak terurus dan kereta masih ada di rumah. Beg duit serta dokumen penting seperti kad pengenalan masih ada di rumah.

Azwan Ali juga antara ramai rakan yang berdoa dan berharap Zalina Azman akan ditemui dalam keadaan yang selamat.

Sumber new e tel

Article sebelumnya,

“Anak Lelaki dah lapor 9 bulan lepas, kenapa sekarang baru nqk hebah?.. Polis dedah ini yang berlaku…

Kehilangan personaliti TV3, Zalina Azman sejak November lalu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan-rakan terdekatnya.

Malah, berita mengenai kehilangan beliau yang tular sejak Isnin kini mendapat perhatian ramai pihak yang mengharapkan agar beliau ditemui dalam keadaan selamat.

Meskipun kehilangan beliau kini genap 9 bulan, namun itu tidak bermaksud pihak polis tidak menjalankan siasatan seperti yang dipersoalkan oleh segelintir warganet.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati Zalina tidak pernah melakukan pergerakan ke luar negara ataupun menerima rawatan perubatan dimana-mana hospital malah, nombor telefon beliau juga tidak aktif sejak dilaporkan hilang pada November.

Selain itu, pihak polis juga turut bertukar maklumat dengan pelbagai agensi termasuklah Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomunikasi.

Dan, pertukaran maklumat ini mengambil masa yang agak lama serta membabitkan proses tertentu sebelum mendapat keputusan.

Difahamkan juga, pihak polis sudah menjalankan siasatan sebaik sahaja laporan kehilangan mangsa dibuat oleh anak lelaki beliau, Mikhael Norman, 33, pada 29 November 2021 sebaik sahaja gagal menghubungi ibunya untuk memaklumkan yang datuknya dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, keadaan rumah bekas personaliti TV3 ini juga berada dalam keadaan tidak tersusun dan pengadu turut menemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta, serta wang tunai berjumlah RM600.

Dan, hebahan orang hilang kepada umum adalah langkah terakhir dalam usaha menjalankan siasatan kes orang hilang.

“Polis tidak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan dalam usaha mengesan mangsa.

“Ia adalah perkara biasa dalam siasatan kes orang hilang, dan hebahan ini juga membolehkan orang awam menyalurkan maklumat.

“Usaha mengesan mangsa memang ada dijalankan selama ini, cuma kita melipatgandakan lagi usaha berkenaan,” katanya.

Terdahulu, berita mengenai kehilangan penyampai yang sinonim dengan program Money Matters ini tular selepas selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi mengenai kehilangan beliau menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Sumber/kredit foto: BH, Harian Metro, Instagram

Posting Komentar untuk "Memang dia ni seorang..” Setelah heboh kehilangan Zalina Azman… Diva AA pula tampil dedah perangai sebenar Zalina Azman buat semua terkejut…"