Kos Rawat Pesakit Lebih Tinggi Daripada Kutipan Cukai Rokok
“RM6.2 bilion, ini adalah jumlah kos yang negara terpaksa belanjakan pada tahun 2020 bagi merawat penyakit akibat merokok,” katanya menerusi hantaran di laman TikToknya Rabu lalu.
ebih memeritkan, kos rawatan itu dijangka meningkat sehingga RM8.8 bilion menjelang tahun 2030.
“
Ramai mungkin tidak tahu kos yang ditanggung Kerajaan ini adalah lebih tinggi daripada jumlah kutipan cukai produk tembakau.”
“Negara rugi besar.”
Tidak menafikan rokok elektronik (vape) juga mengundang penyakit, Khairy memberitahu kos rawatan penyakit baru Vaping Associated Lung Injury (EVALI) menelan belanja sebanyak RM150,000 untuk 12 hari kemasukan hospital bagi seorang pesakit.
Mengulas lanjut beliau berharap agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dapat mengawal selia industri rokok elektronik.
“Kita boleh pastikan cecair vape yang dijual dikawal dengan baik dan lulus ujian makmal. Jadi pengguna tidak akan jatuh sakit.”
Menurutnya, RUU itu telah mendapat sokongan penuh pengusaha rokok elektronik.
“Mereka mahu dikawal selia dan Kerajaan juga boleh kutip cukai jualan vape yang dianggarkan RM500 juta setahun.”
Ujarnya, dengan melaksanakan peruntukan generasi penamat (GEG), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan sahaja mampu mengurangkan kos rawatan akibat komplikasi rokok, bahkan paling penting dapat menyelamatkan nyawa dua juta rakyat Malaysia.
“Merokok bukan sahaja membunuh tetapi memberi impak besar kepada ekonomi negara.”
Posting Komentar untuk "Kos Rawat Pesakit Lebih Tinggi Daripada Kutipan Cukai Rokok"