Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Gara-gara ditegur tidak masak, isteri nekad hentak kepala suami hingga mati

Sering didengar sifat suami panas baran dan kaki pukul, tapi lain pula jika sifat tersebut sebaliknya ada pada seorang isteri yang diketahui wanita adalah seorang isteri sekaligus ibu yang prihatin, lemah lembut dan penyayang.

Video dibawah sekali

Ini apabila tindakan seorang suami yang menegur isterinya kerana tidak memasak akhirnya memakan diri sendiri apabila wanita itu naik angin sehingga dipercayai sanggup memukul lelaki itu sampai mati di sebuah rumah flat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes pembunuhan itu pada pukul 7.50 pagi sebelum pasukannya bergegas ke tempat kejadian.

Menurut sumber, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring manakala kakinya terikat dan terdapat kesan lebam di bahagian sebelah kanan mukanya.

"Anak lelaki sulung pasangan itu merupakan saksi kepada kejadian tersebut''

Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri berjaya ditahan pihak polis.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki maut di kediaman di sebuah flat di Johor pada semalam.

Hasil ujian saringan ke atas wanita berusia 36 tahun mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Malah, wanita itu juga mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah dan satu kes berkaitan jenayah.


Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen malah mereka berasa terkesan dengan banyak kes pembunuhan yang semakin meningkat.









SUMBER : iviralmalaysia , Youtube

Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.



Posting Komentar untuk "Gara-gara ditegur tidak masak, isteri nekad hentak kepala suami hingga mati"