Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Budaya negara tk sama” Netlzen pers0alkan Ayana Moon tampil tanpa hijab, ini penjelasan Ayana

Nama Ayana Moon bukan asing lagi jika kita rajin menggunakan media sosial. Model hijab kelahiran Korea Selatan telah menarik perhatian media selepas mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan berkelana ke Malaysia dan Indonesia untuk meneruskan kerjaya seninya.

Dia juga kerap berkongsi perjalanan ‘hijrahnya’ bersama adik lelaki yang turut sudah memeluk agama Islam di media sosial.

Kenapa tak pakai hijab. Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Ayana di Instagram, dia dilihat tampil tanpa mengenakan hijab seperti kebiasaannya dan hanya menggunakan topi untuk menutup bahagian kepala sewaktu melawat adik tersayang di kem tentera.

Sudah tentu muat naik itu dihujani dengan pelbagai komen daripada peminat yang rata-rata terkejut dengan penampilan terkini influencer terbabit kerana dikenali sebagai seorang yang berhijab penuh.

Budaya negara tak sama. Susulan daripada itu, Ayana telah memuat naik satu kenyataan di Insta Story miliknya dengan menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi.

Menurut model cantik itu, bukan semua individu di negara asalnya dapat menerima pemakaian hijab. Jadi, dia memilih untuk memakai topi untuk menutup aurat jika berada di khalayak yang kurang terbuka dengan wanita berhijab ataupun dengan keluarga.

Terima kasih kepada yang faham. Jadi, dia dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memahami situasi ketika itu kerana bukan mudah untuk menjelaskan kondisi yang dihadapi lebih-lebih lagi di negara yang majoritinya bukan Islam.

Dalam pada itu, Ayana turut berkongsi beberapa komen positif daripada warganet yang memahami serta membantu menjelaskan keadaannya supaya tidak ramai yang salah faham dengan posting yang dibuat.

Untuk makluman, Ayana Moon atau nama sebenarnya Ayana Jihye Moon, 27 merupakan gadis berasal dari Korea Selatan yang telah bergelar mualaf sejak berusia 16 tahun lagi.

Dia telah berhijrah ke Malaysia dan kini banyak berada di Indonesia untuk mendalami agama serta turut bergiat aktif sebagai model bagi jenama tudung.

Sumber : OMM

Sebelum ini, Selebriti yang berasal dari Korea Selatan, Ayana Moon meraikan ulangtahunya ke lapan bergelar umat Islam. Melalui Instagram pada hari Rabu (29/4/2020), Ayana atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon memuat naik fotonya ketika dia berada di Mekah. Tulisan yang dibuat cukup menyentuh hati.

Bagi Ayana, bukan mudah untuk hidup sebagai seorang Muslim saat awal-awal dia memeluk dia memeluk Islam.

Lebih-lebih lagi, keluarganya belum mengetahui konsep agama dan tidak mempercayai Tuhan. Tetapi kesukaran yang dihadapi Ayana perlahan-lahan hilang. Dia sekarang lebih kuat dalam mendalami agama Islam.

Muat naik Ayana disambut dengan komen positif dari pengikut di Instagram. Seperti diketahui, Ayana Moon memutuskan untuk masuk Islam kerana minatnya terhadap budaya Timur Tengah. Sejak menjadi mualaf, dia terkenal di kalangan wanita Muslim, terutama di Indonesia dan Malaysia.

Kemudian diketahui, adik lelaki Ayana, Aydin Moon juga memutuskan untuk memeluk agama Islam pada tahun 2019. Kedua-duanya sangat gembira menjalani Ramadan tahun ini bersama-sama.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Posting Komentar untuk "Budaya negara tk sama” Netlzen pers0alkan Ayana Moon tampil tanpa hijab, ini penjelasan Ayana"